Peta Harapan Semester
Pada awal semester pelajar tahu nama kursus tetapi belum nampak apa yang mereka mahu capai selain lulus.
Lihat aktivitiPelajar sering memberi tumpuan kepada kandungan kursus sahaja dan kurang mengikuti perkembangan semasa di dalam dan luar negara. Keadaan ini boleh mengehadkan pendedahan mereka terhadap isu sosial, teknologi, ekonomi, alam sekitar dan perkembangan global yang berkaitan dengan kehidupan serta dunia pekerjaan. Aktiviti ini sesuai dilaksanakan pada permulaan kelas sebagai rutin ringkas untuk membuka minda sebelum pembelajaran bermula.
1. Meningkatkan kepekaan pelajar terhadap isu semasa 2. membina tabiat membaca dan mengikuti sumber berita 3. Melatih pelajar membuat refleksi, analisis dan menghubungkan berita dengan kehidupan sebenar 4. Meningkatkan literasi media melalui semakan sumber yang lebih dipercayai 5. Memperluas pengetahuan pelajar melangkaui kandungan kursus
Pilihan berita itu sendiri sangat menarik. Daripada banyak berita yang ada, topik yang dipilih pelajar sering menunjukkan minat dan rasa ingin tahu mereka. Ada yang memilih sukan, teknologi, bencana, ekonomi atau angkasa. Ini memberi peluang kepada pensyarah membuka perbincangan kepada perkara yang mungkin tidak pernah muncul dalam silibus. Jika pelajar memilih berita tentang angkasa, misalnya, jangan berhenti pada isi berita. Gunakan peluang itu untuk membincangkan teknologi, penyelidikan, masa depan manusia atau kaitannya dengan bidang pengajian. Aktiviti ringkas boleh berkembang menjadi perbincangan yang benar-benar membuka minda. Pensyarah juga elok membaca berita tersebut terlebih dahulu atau membuat semakan pantas melalui 2–3 sumber. Ini membantu menambah konteks, membetulkan salah faham dan memperluas perbincangan tanpa mengambil alih peranan pelajar.
Jangan nilai pelajar berdasarkan jenis berita yang dipilih. Gunakan pilihan itu sebagai pintu masuk kepada rasa ingin tahu mereka.
Ingin berkongsi pengalaman anda mencuba aktiviti ini?
Log Masuk Untuk Menulis UlasanSatu kesan yang menarik ialah amalan ini turut dibawa ke alam pekerjaan. Berdasarkan pengalaman pelaksanaan, seorang pelajar kemudiannya menjalani latihan industri di sebuah organisasi yang turut mengamalkan perkongsian dan kupasan berita secara bergilir dalam kalangan staf. Pelajar tersebut terus ingat kepada sya dan mengaitkan amalan itu dengan pengalaman aktiviti semasa di kelas.
Mode Kuliah boleh dilihat tanpa login. Log masuk untuk simpan aktiviti, beri penarafan atau rekod Saya Dah Cuba.
Pilihan aktiviti dalam kategori Minat & Relevansi Pembelajaran.
Pada awal semester pelajar tahu nama kursus tetapi belum nampak apa yang mereka mahu capai selain lulus.
Lihat aktivitiPelajar bertanya “topik ni guna kat mana?” dan sukar melihat kaitan kursus dengan pekerjaan.
Lihat aktivitiPelajar menganggap kesilapan kecil dalam ukuran, data atau dokumentasi tidak banyak memberi kesan.
Lihat aktiviti