Komuniti Pendidik

Bingo 5 X 5

Idea praktikal, langkah pelaksanaan dan refleksi komuniti untuk dibawa ke kelas anda.

Aktiviti PdP Ice Breaking & Energiser Tema: Lain-lain
Situasi / Masalah PdP Dihadapi

Aktiviti ini sesuai untuk sesi suai kenal apabila pelajar masih belum mengenali antara satu sama lain, kurang berinteraksi atau berasa kekok untuk memulakan perbualan. Aktiviti membantu mewujudkan suasana kelas yang lebih mesra serta membuka ruang komunikasi secara spontan.

Objektif Aktiviti

1.Membantu pelajar mengenali rakan dengan lebih dekat 2.Menggalakkan interaksi antara pelajar 3.Mewujudkan suasana kelas yang ceria dan inklusif


Tempoh Masa
20 Minit
Mod Pengajaran
Face-to-Face
Saiz Kelas
Medium
Tahap Tenaga
High
Persediaan
Low preparation
Bahan Diperlukan
Cetak KertaS Bingo 5 X 5
Persediaan Aktiviti
Pastikan ruang luas/mencukupi untuk pergerakan pelajar/peserta
Prosedur / Langkah Pelaksanaan
1
Edarkan helaian Bingo Suai Kenal kepada setiap pelajar.
2
Pelajar bergerak di dalam kelas dan mencari rakan yang mempunyai ciri seperti yang dinyatakan pada setiap petak.
3
Apabila padanan ditemui, rakan tersebut perlu menandatangani petak berkenaan.
4
Aktiviti boleh ditamatkan apabila terdapat pelajar yang melengkapkan satu baris, satu lajur, satu diagonal atau keseluruhan petak
Tips Pendidik

Gunakan ciri yang ringan, selamat dan mudah dibualkan supaya aktiviti kekal menyeronokkan. Selepas aktiviti, minta beberapa pelajar berkongsi penemuan menarik tentang rakan mereka. Ini biasanya menjadi bahagian yang paling menceriakan sesi. Untuk kumpulan besar, hadkan aktiviti sekitar 10–15 minit dan tetapkan supaya seorang rakan tidak menandatangani terlalu banyak petak. Ini memaksa pelajar bergerak dan berkenalan dengan lebih ramai orang.

Perkara Perlu Dielakkan

Elakkan soalan yang terlalu peribadi atau sensitif.

Bahan Sokongan Tambahan
Maklum Balas & Refleksi Komuniti 0

Ingin berkongsi pengalaman anda mencuba aktiviti ini?

Log Masuk Untuk Menulis Ulasan
Belum ada ulasan daripada pensyarah. Jadilah yang pertama berkongsi pengalaman!
Tindakan Pensyarah

Mode Kuliah boleh dilihat tanpa login. Log masuk untuk simpan aktiviti, beri penarafan atau rekod Saya Dah Cuba.

✓ Saya Dah Cuba
Digunakan oleh 1 pensyarah
♡ Simpan Aktiviti
0 pensyarah menyimpan ini

Log masuk untuk memberi penilaian bintang.
Purata Penarafan
0.0 / 5.0
0 ulasan penarafan
Penyumbang Idea
NU
NURSAKINAH BINTI MD SALLEH
Pensyarah
KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Teruskan meneroka

Idea lain untuk situasi yang sama.

Pilihan aktiviti dalam kategori Ice Breaking & Energiser.

Pilihan Komuniti 15 min
Aktiviti PdP Ice Breaking & Energiser Medium

Bingo Bengkel Minggu Pertama

5.0 (2)

Pelajar baharu dalam kelas amali masih segan bertanya dan belum tahu pengalaman teknikal rakan mereka.

Lihat aktiviti