Komuniti Pendidik

Rantaian Warna: Apa Lagi?

Idea praktikal, langkah pelaksanaan dan refleksi komuniti untuk dibawa ke kelas anda.

Situasi / Masalah Kelas Fokus & Keletihan Tema: Lain-lain
Situasi / Masalah PdP Dihadapi

Pelajar mula hilang fokus, kurang bertenaga atau pasif selepas mengikuti sesi pembelajaran dalam tempoh tertentu. Pensyarah memerlukan aktiviti ringkas yang boleh menceriakan suasana kelas, mengaktifkan semula pemikiran dan melibatkan semua pelajar tanpa persediaan khusus.

Objektif Aktiviti

1. Mengembalikan fokus dan tenaga pelajar 2. Merangsang pemikiran pantas dan kreatif 3. Meningkatkan penglibatan aktif seluruh kelas 4. Mewujudkan suasana pembelajaran yang santai dan menyeronokkan


Tempoh Masa
10 Minit
Mod Pengajaran
Face-to-Face / Online
Saiz Kelas
Any size
Tahap Tenaga
Low
Persediaan
Low preparation
Bahan Diperlukan
Tiada bahan diperlukan
Persediaan Aktiviti
Pilih warna
Prosedur / Langkah Pelaksanaan
1
Pilih satu warna. Pensyarah menetapkan satu warna, contohnya merah.
2
Mulakan rantaian. Pelajar perlu menyebut satu benda yang mempunyai atau berkaitan dengan warna tersebut secara bergilir-gilir.
3
Contoh: epal → darah → sirap → bomba → cili → tembikai.
4
Tidak boleh mengulang jawapan.
5
Teruskan dengan pantas.
6
Semak jawapan yang unik. Jika jawapan nampak kurang jelas, jangan terus menolaknya. Minta pelajar terangkan.
7
Tutup dengan tenaga positif.
Tips Pendidik

Bahagian paling menyeronokkan bukan apabila pelajar memberi jawapan biasa, tetapi apabila mereka mula kehabisan idea dan menghasilkan kaitan yang tidak dijangka tetapi masih logik. Itu yang menjadikan aktiviti ini ringkas, spontan dan engaging.

Maklum Balas & Refleksi Komuniti 0

Ingin berkongsi pengalaman anda mencuba aktiviti ini?

Log Masuk Untuk Menulis Ulasan
Belum ada ulasan daripada pensyarah. Jadilah yang pertama berkongsi pengalaman!
Tindakan Pensyarah

Mode Kuliah boleh dilihat tanpa login. Log masuk untuk simpan aktiviti, beri penarafan atau rekod Saya Dah Cuba.

✓ Saya Dah Cuba
Digunakan oleh 0 pensyarah
♡ Simpan Aktiviti
0 pensyarah menyimpan ini

Log masuk untuk memberi penilaian bintang.
Purata Penarafan
0.0 / 5.0
0 ulasan penarafan
Penyumbang Idea
NU
NURSAKINAH BINTI MD SALLEH
Pensyarah
KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Teruskan meneroka

Idea lain untuk situasi yang sama.

Pilihan aktiviti dalam kategori Fokus & Keletihan.

Pilihan Komuniti 3 min
Situasi / Masalah Kelas Fokus & Keletihan Any size

Microbreak Mata dan Bahu

4.3 (3)

Pelajar bekerja lama di komputer ketika kelas pengaturcaraan, grafik atau CAD dan mula hilang fokus.

Lihat aktiviti
Pilihan Komuniti 5 min
Situasi / Masalah Kelas Fokus & Keletihan Small

Reset Fokus 90 Saat

4.7 (3)

Pelajar hilang tumpuan selepas penerangan yang panjang.

Lihat aktiviti